Wednesday, December 4, 2013

Johor Premium Outlet, Johor Bahru.

Pada 30 November 2013, saya dan rombongan lawatan bergerak ke Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulai Jaya, Johor Bahru. Kami menaiki bas dari pukul 10 pagi dan tiba di JPO pada pukul 10:30 pagi. Kami memulakan lawatan kami dengan mendengar sedikit taklimat ringkas dari pengurusan JPO mengenai pusat membeli-belah tersebut.

JPO mula dilancarkan pada 11 Disember 2011. Kawasan JPO yang berukuran 45 ekar menempatkan lebih 80 koleksi pereka dan jenama kedai-kedai cawangan memaparkan penjimatan sebanyak 25% hingga 65% setiap hari. Premium Outlet terkenal di seluruh dunia sebagai pusat membeli-belah yang mengetengahkan jenama-jenama ternama dunia.

Kawasan JPO yang terletak di Johor Bahru bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan untuk menarik pelanggan sama ada datang dari sebelah utara atau selatan Semenanjung Malaysia supaya mudah datang ke tempat ini. JPO juga mensasarkan pelanggan yang datang dari Singapura kerana kawasanya yang hanya 1 jam dari pusat bandar negara tersebut.

JPO adalah pusat membeli-belah yang menawarkan potongan harga lebih murah berbanding harga asal kerana barang jualan yang datang terus dari pengilang. Jenama terkenal seperti Armani Exchange, Burberry, CK Calvin Klein, Coach, Cotton On, Esprit, ELLE, Lacoste Outlet, Levi's, Puma, Victoria Secret, Timberland dan berbagai lagi jenama yang memenuhi cita rasa pengunjung.

Semua jenama luar negara yang dibawa masuk telah melalui proses pengendalian peruncitan yang datang dari pengilang mereka sendiri. Permandangan dan landskap kawasan sekitar JPO ini telah menarik minat saya kerana suasananya yang nampak lebih mewah dan eksklusif memberikan saya pengalaman membeli-belah yang berbeza berbanding dengan pusat membeli-belah ditempat lain. Kemudahan yang serba lengkap, tempat makan, pusat khidmat pelanggan, ruang solat dan ruang riadah bersama keluarga juga tersedia.


kami mula tiba di JPO

pengurus JPO memberi sedikit penerangan

hampir setiap kedai menawarkan diskaun






sebahagian daripada kedai berjenama yang terdapat di JPO




di pusat khidmat pelanggan

di hadapan salah satu kedai barangan berjenama di JPO




suasana di sekitar kawasan JPO

menjamu selera di medan selera JPO

gambar bersumber dari : Mira Asyikin & Wan Muhd Mustaqim

No comments:

Post a Comment