Tuesday, December 3, 2013

Pasar Karat, Johor Bahru.

Kami tiba di Pasar Karat lebih kurang pukul 10:30 malam yang hanya 10 minit perjalanan dari tempat penginapan kami dengan menaiki bas. Pasar Karat juga di kenali sebagai Bazar JB terletak di sepanjang jalan Segget, Jalan Trus dan Jalan Dhobby. Pada mula saya sampai di sini, saya tak nampak satu pun papan tanda yang menunjukan kawasan ni adalah kawasan Pasar Karat, yang saya nampak hanya papan tanda Bazar JB. Pada pengetahuan saya, asalnya pasar ini di panggil Pasar Karat kerana banyak gerai yang dibuka menjual barangan antik dan barang barang lama. Di sebabkan arus masa, banyak gerai yang dibuka menjual baju-baju bundle, kasut bundel, tudung, skarf, stiker motor dan kereta, nama pasar ni di tukar menjadi Bazar JB.

Kami memulakan jejak kami untuk mengisi perut yang sekian lama meminta untuk di isi, kami berhenti di kawasan gerai makanan. Di situ terdapat pelbagai aneka juadah makanan tempatan yang disediakan, ada Mee Bandung, Apam Balik, Char Kuey Tiao, dan Karaoke?? Yaaa, semua pengunjung yang menjamu makanan di situ dihiburkan dengan alunan musik karaoke yang akan dinyanyikan oleh pengunjung yang datang. Ada lagu dangdut, rock kapak, jiwang dan macam-macam lagi, bergantung pada pilihan penyanyi itu sendiri.

Kami memesan juadah masing-masing, saya hanya menjamu Mee Bandung sahaja, rasanya yang sangat sedap menghilangkan rasa lapar. Selesai menjamu selera, saya dan rakan-rakan meninjau kawasan pasar karat, membawa haluan masing-masing, mencari barang yang boleh dijadikan sebagai cenderahati pada diri sendiri dan orang tersayang.

Peniaga yang kebanyakannya orang tempatan, menjual barangan runcit yang di borong dari pembekal atau pengilang seperti tudung, skarf, baju, kasut dan seluar. Penjual yang menjual barangan runcit seperti ini kebiasaannya membeli dengan harga borong dan dijual dengan harga seunit yang lebih mahal berbanding harga borong. Ada juga peniaga yang menjual barangan yang dibuat sendiri seperti baju yang dicetak sendiri atau juga dikenali sebagai indie shirt. Kebanyakan baju cetakan ini dijual dengan harga lebih kurang RM10 ke RM50.

Peniaga yang menjual barang-barang lama yang telah dipakai dikenali sebagai barang second hand seperti beg, kasut dan baju-baju bundel diperolehi dari penjual pengguna pertama. Barangan second hand ini akan dibaiki jika terdapat kerosakan dan dijual dengan harga yang lebih murah. Disini juga terdapat gerai yang menjual barangan antik seperti tembikar, syiling lama, duit kertas lama, keris lama, barang perkakasan dapur dan lain-lain lagi. Kebanyakan barang yang dijual adalah barang yang diwarisi turun-temurun.

Barang yang dijual mungkin tidak ori dan ada juga barangan rejected tapi berkualiti, sangat murah dan berpatutan. Urusan jual beli disini sangat mudah. Aktiviti tawar-menawar membolehkan kita dapat harga yang lebih murah berbanding harga asal. Misalnya, disini saya tertarik dengan sepasang kasut high cut bundel berwarna biru dan mungkin harganya lebih RM100 jika dibeli diluar, tapi harganya disini hanya RM35. Selepas tawar-menawar, saya dapat beli kasut itu dengan harga RM30 sahaja. Sangat berbaloi!

saya dihadapan papan tanda Bazar JB


menikmati pelbagai juadah yang terdapat di Bazar JB

aktiviti karaoke



suasana di dalam Bazar JB


gambar bersumber dari : Mira Asyikin & Wan Muhd Mustaqim

No comments:

Post a Comment