Pada 29 & 30 November 2013, kelas BM225 4A & BM245 4A diberi tugasan untuk menjalankan program lawatan sambil belajar ke Pasar Karat dan Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tujuan program lawatan ini untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang pengendalian operasi peruncitan di Pasar Karat dan JPO, bagaimana pengendalian peruncitan secara domestik oleh peruncit tempatan dan pengendalian peruncitan jenama antarabangsa. Selain itu, dapat memberi gambaran sebenar bagaimana pengendalian peruncitan diguna pakai di peringkat domestik atau antarabangsa. Program ini juga memberi peluang kepada kami untuk lebih berfikiran dengan kreatif, inovatif dan berpengetahuan untuk merebut peluang kerjaya dalam industri peruncitan. Ini juga dapat membantu kami supaya lebih bersedia untuk melangkah ke dunia peuncitan yang sebenar sebelum masuk ke alam pekerjaan.
Seramai 32 orang yang mengikuti lawatan ini termasuk seorang pengsyarah pengiring, Puan Shahirah Ariffin. Kami mula berkumpul di perhentian bas fakulti pengurusan perniagaan pada pukul 3 petang dan bas tiba pada pukul 3:40 petang. Selesai memasukan beg ke dalam but bas, sedikit doa ringkas sebelum memulakan perlajanan. Bas bertolak pada pukul 3:45 petang.
Pada pukul 6:00 petang, kami berhenti berehat di kawasan rawat dan rehat Ayer Keroh, Melaka untuk menunaikan solat asar dan sedikit minum petang dan meneruskan perjalanan pada pukul 6:30 petang.
Kami tiba di perkarangan Zen Zeng Hotel, tempat penginapan kami pada pukul 9:00 malam untuk check-in dan mengagihkan bilik kepada semua pelajar. Pelajar lelaki di tempatkan di blok A manakala pelajar perempuan di blok B. Kami diberi masa selama 1 jam untuk berehat di bilik masing-masing. Jam menunjukkan pukul 10:00 malam, kami menaiki bas dan mula bergerak ke Pasar Karat yang hanya kurang 10 minit dari tempat penginapan kami. Saya akan post aktiviti kami di Pasar Karat pada entry yang seterusnya.Kami pulang dari Pasar Karat pada pukul 12 tengah malam menaiki bas dan tiba di hotel pada pukul 12:15 minit.
Keesokan hari, 30 November 2013, kami memulakan hari kami dengan sarapan pagi di Restoran Zaidi yang berhampiran dengan tempat penginapan kami. Selesai bersarapan, kami bergerak keluar dari perkarangan hotel pada jam 10:00 pagi dan memulakan perjalanan menuju ke Johor Premium Outlet yang terletak di Kulai Jaya, Johor Bahru, Johor. Saya akan post aktiviti kami di JPO pada entry yang seterusnya.
Kami di beritahu bas akan bergerak pada pukul 4 petang, selama masa kami di JPO, kami berpeluang untuk menimba ilmu peruncitan dan pada masa yang sama, dapat mengenali dengan lebih dekat jenama-jenama antarabangsa. Selesai tugasan kami, kami mula beredar dari perkarangan JPO pada pukul 4 petang.
Di dalam perjalanan, suasana di dalam bas sungguh meriah, mungkin kerana ada yang sempat membeli-belah di JPO. Pada pengetahuan saya, kebanyakan barang yang dijual di JPO adalah murah berbanding dengan tempat membeli belah di kawasan pusat bandar yang lain. Ada juga barangan yang tidak terdapat di tempat lain dan hanya dijual di JPO sahaja.
Kami berhenti di kawasan rawat dan rehat pada pukul 6 petang untuk sedikit juadah petang bagi mengisi perut yang lapar. Pada pukul 8:00 malam, kami berhenti di kawasan RnR untuk menunaikan solat. Kami tiba di fakulti pada pukul 9:30 malam.
ketika menunggu bas di kawasan fakulti
hotel penginapan selama satu malam
papan tanda Bazar JB
bersarapan pagi sebelum ke JPO
tiba di kawasan JPO
papan tanda JPO yang jelas kelihatan dari Lebuhraya Utara-Selatan
gambar bersumber dari : Mira Asyikin & Wan Muhd Mustaqim
No comments:
Post a Comment